Saturday, December 29

.that's why we love best friends more .

bismillah.

'' FRIENDS ask why you are crying,
BEST FRIENDS already have shovel ready to bury the loser that made you cry."





berfikir-fikir bila boleh jumpa si 'dia'. haha.. 
May Allah bless you. yet I don't know who are 'you' :).

.study week.

rasa macam tak sabar nak habis exam
tapi rasa macam tak nak jawab exam.
macam mane tu? heheh..

beginilah perasaan orang yang last minute study.
heheh..


koyok neobun, minyak cap kapak , 
air mineral n halls blueberry candy setia menemani.
wal lah.. konon stress sangat la tu.
takde. lakonan semata-mata.
haha.. biasalah..
kadang-kadang urat kat kepala buat konsert. -.-''
berdenyut-denyut. help me.


ya Allah, kau berkatilah segala usaha kami.
berikanlah yang terbaik setelah kami bertawakal hanya padaMu 
ya Allah. :)

Sunday, December 23

.i.miss.u.

bismillah

ehemm. jangan perasan.
u tu bukan awak yang tengah bace ni.
erkkk.. 
aku tahu kau pun tak terfikir camtu.
hahaha..

hrmm.. saje. bosan2..
tibe-tibe teringat makhluk yang tak bernyawa,
tapi mampu bergerak itu.
dah lama tak jumpa.. :'(
apa khabar agaknya u ye?
sihat tak?

meh, i kenalkan u kat kawan-kawan i.



ha, yang tu lah. makhluk hijau tu.
huhu.. naza ria yang dah pun dijual kpd kawan ayah.
sedih la.
lama dah hidup dengan 'dia'.
since form 1 (2005) sampaila tahun ni(2012)
sangat berjasa.
especially untuk kitorang ulang-alik 
dari selangor-alor setar
sangat best dan selesa!
eh, ade gaye promoter kereta? -.-''
huhu..

takpelah...
yang baru ni pun ok
walaupun tak boleh memuatkan kami 8 orang.
so, kena lah angkut dua kereta kalau nak pegi mana-mana.

but seriously, i miss that naza ria!! :'(




.exam mode.

Bismillah.

sedar tak sedar.
 tiba-tiba dah masuk study week!
tapi. aku kat rumah lagi ni.
tanpa membuka apa-apa jenis buku pun lagi.
oh no!

Allah tidak akan mengubah nasib kaum seseorang, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada di dalam diri mereka.
(Q.S Ar-Ra’d 13 : 11)

wajarkah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya
sedangkan kita tidak pernah berusaha walau sedikitpun??

ok, study sekarang! bye :)
kena balik hostel ASAP
dok kat rumah ape pun tak boleh!
menghadap laptop dan tv je kerjanya.

pinjam gambar kat sini :)

Saturday, December 22

.rezeki dari-Nya.

Alhamdulillah.

untuk dua perkara.

1. test undang2 dah habis! yeay!
2. itu elaun sudah dapat lah. yeay sekali lagi!

ya Allah, tiba-tiba teringat tadi 
merungut sekejap bila
amount yang dapat kurang sikit daripada kawan-kawan lain
Astaghfirullahal'azim..

they deserved it!
not me!
aku yang kadang-kadang ponteng training.
belum kira lagi, time badan je yang pergi,
hati tertinggal dekat bilik.
belum kira time aku tak ikhlas + malas untuk training.
maybe
itulah sebab mereka dapat lebih banyak :)
-ayat nak sedapkan hatiiii- huhu

dapat je elaun, mereka-mereka(abang, mak dan adik)
suruh tukar aku hand phone yang 
paling 'kuno' compared dengan mereka.
huhu.. terfikir-fikir..
ipad or hand phone?
which one is better?
mak kate 'beli keperluan dulu la'
aku rase, dua2 pun bukan keperluan.
hand phone dah ade, ipad...
hrmmm... entahlahh...

hrmm.. bila dah dapat ealaun ni.
biasala member-member mintak belanja.
and sometimes, we said:
"penat-penat kitorang training, korang nak mintak belanja pulak"
takdelah. kami gurau je tu. just kidding.
boleh je nak belanja.
roti canai? abc? no hal lah. hehe. kedekut!
err,, kalau pizza hut ke, secret recipe ke..
tunggu kami tauliah dulu ok? huhu..

.seniors with juniors. beberapa hari sebelum test undang2.




tak rasa pening macam ni kalau ada orang nak sponsor salah satu. anyone?? huhuhu

Friday, December 21

.terkejut.

bismillah.

petang tadi pegi pasar malam cempaka.
makan bakso. not bad. sedap :)
then, ternampak orang jual teddy bear yang banyak2.
teringin sangat nak beli. tapi pandang yang RM13 je la.
yang besar tu. errr.. tak patut rasenye beli time2 takde duit ni.
tapi... yang RM13 tu cik akhlisah bermati-matian tak bagi aku beli.
tak comel dia kate.
padahal comel kot!
hrmm. tapi aku beli jugak
3 ekor yang kecik
 RM5. untuk si adik-adik kat rumah :)

lepas balik acacia. dah siap-siap mandi,
carik-carik handphone tak jumpa.
turun bawah pegi bilik cik akhlisah. 
tapi dia takde. zaf kata pegi makan.
handphone aku pon takde.

tak lama lepas tu cik akhlisah balik
 n datang bilik bagi phone.
dah salam-salam konon-konon esok nak balik ganu dah.
beberapa minit lepas tu
ada orang datang lagi
 zirah datang bawak ayam uncle bob.
lepas tu cik akhlisah masuk pulak bawak benda bulu besar!


oh man!!!
she bought me this giant teddy bear!
aku yang tak tau nak tunjuk perasaan terharu tu macam mane
maka aku cekik2 la cik akhlisah sampai tesedak dibuatnya
tersedak sikit je.

cik lidi name diberi :)
punya la gemuk.
lidi jugak nama dia
hasil kreativiti lisa, zira dan dila.

hilang kempunan nak teddy bear besar.
tapi, dia dah ambik separuh space atas katil ni.
cane nak tido ni. haahaa
thank u so much cik akhlisah!! :)

.united?.

Bismillah

yes. united itu memang penting.
tapi, walau macam mane pun kita united,
 kalau dalam hati tu ada rasa dengki
pada kawan yang lain,
macam mana tu?

salah ke kawan kita tu 'genius'?
salah ke kawan kita tu 'pandai'?
salah ke kawan  kita tu 'rajin'?
salah ke kawan kita tu 'berharta'?
salah ke kawan kita buat baik pada kita??

awak... kesian lah kat kawan kita
kalau dia sentiasa nak buat yang terbaik untuk kita
sentiasa try untuk bantu kita
dalam apa jua keadaan
sentiasa sokong kita dalam perkara yang betul
sentiasa support kita untuk buat benda yang baik
BUT END UP kita still boleh salahkan dia
atas sebab perkara yang sangatlah kecil
kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan dia selama ni.



binalah ukhwah itu dengan KEIKHLASAN dan KERELAAN, BUKAN kerana KETERPAKSAAN DAN KEPURA-PURAAN :)

.ugh please.

salam kepada yg berkenaan.

tolongla jangan desak saya lagi
i'm not a child.
aku boleh decide sendiri, am i?
kenapa nak paksa-paksa.
please,
just let me decide.
saya nak atau taknak
saya suka atau tidak

jangan sampai aku dah tak sanggup nak angkat call kau lagi, ok?
peaceee  :)

Wednesday, December 12

.jangan sedih-sedih.

ehem.
untuk kau.
jangan la sedih-sedih.
aku ade. ecehh.. geli.


by the way,
aku rindu bsf2 n kau jugak!
rindu nak buat benda pelik-pelik n gila-gila dengan kau.
rindu nak gelak kuat-kuat dengan kau.
rindu nak merempit dengan kau.
huhuhu..
luahan perasaan ke hape ni?
heheheee.. belakang2 ni berani la cakap.
takdenye depan kau aku nak cakap macam ni kan??
hahaha..
it's okay,
yang penting we are friend forever :)

life is not easy and it will never be,
but you've got friends and one of them is me! :)

Monday, December 10