Tuesday, March 4

.kita lupa.

kadang-kadang kita lupa
tak semua benda 
kita boleh tulis
dalam status fb, twitter, blog, instagram, bla3..


kadang-kadang kita lupa
kita luahkan sampai lega
tapi
ada yang terasa 


kadang-kadang kita lupa
manusia itu sedar yang
kita maksudkan dia
walau kita tak mention nama


kadang-kadang kita lupa
ALLAH itu lebih tahu
apa niat kita menulis sebenarnya


"Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui"

Thursday, April 4

.gathering before mid-sem break.

bismillah.

after all hardships we've gone through, 
after all tiredness we've endured,
after all sadness we've felt inside, 

we gathered happily to forget the mess for a while
before we get up with new hope
and biggggg smileee  :)


iftar BSF2 
at 


nasi arab with lamb and roasted chicken
marvelous woo
dah lama tak makan dalam dulang with friends.
kat smap dulu selalu la kot.
buka puasa with usrah, classmate and dorm-mate :)

i'm not sure whether this picture contains unsur penipuan or not??



2nd agenda:

celebrate birthday boy at dataran nilai with very-full-stomach :)
happy becoming birthday to kimi and akmal :)

"THE BEST WAY TO CHEER YOURSELF IS TO TRY CHEER SOMEONE ELSE UP"
seronok tengok korang. make our friendship last forever ok?


after members of BSF2 balik, kitorang bertiga lepakking
meluah perasaan.ketawa.gembira.tazkirah as add-on.


 I've got nothing to do today but smile. :)

Thursday, March 21

.hope u'll b fine :).



 But, I'll be there for you, when the rain starts to pour. 
I'll be there for you, like I've been there before. 
I'll be there for you, cause you're there for me too.


Wednesday, March 6

Sunday, February 3

.PGA.

bismillah.
cerita dah basi. takpe. dah tua2 nanti boleh cite kat cucu. haha

buat cucuku, 
inilah kisah nenek ber'camping' ala-ala zaman jepun:


ini lah hasil camping kami.
setelah 6 hari 5 malam 
berpenat lelah, berhujan, berpanas,
segala jenis 'ber'
segulung sijil dan sebuah pengalaman
yang memang tak dapat nak cari di tepi jelan.
amboiihh.. ayat. haha..

the best thing ever n i like the most:
mandi sungai dengan celoreng PGA.
walaupun bukanlah mandi pun 
but actually kami
disuruh membersihkan segala jenis pasir, lumpur dan rumput rampai
yang melekat-lekat dekat baju akibat 
daripada indoklasi seksyen n individu.
best sesangatttt...

the thing that i really can't forget :
tidur dalam hutan or kawad berpengkalan.
bukan tak pernah tidur dalam hutan.
tapi selama ni aku tidur dalam hutan pun guna khemah yang siap sedia
tinggal nak pasang je. (alah, khemah biasa tu)
but in this camp, we've to build the tent by ourselves!
cari buluh n kayu kayan
while they just give u poncho n tali.
nasib baik JL baik hati tolong kitorang :)
aku tak kisah semua tu. tak kisah tidur macam mana pun.
tapi yang aku kisah, serangga yang aku namakan AGAS 
gigit gigit gigit gigit.. sakiiittttt woooo.
saaakkiitt. time2 tu jugak rasa nak balik.
dengan kesejukan tahap mega. pergghh..
celoreng dan dalam2 semua basah
bila air hujan masuk khemah
memang daripada tidur baring, terus bangun. tidur duduk je la. huhu
itu satu lagi faktor aku rasa nak lari balik. hahaha..
ntah hape-hape.

belum cerita yang kami terkejut bila bom diletupkan.
aku yang baru nak lelap setelah membunuh agas yang hinggap-hinggap
tak jadi tidur. terkejut plus melatah lagi.hoho..
 bangun pergi bercangkung kat luar khemah.
memang dah diberi arahan untuk 'freeze' bila bunyi bom. duduk sepah-sepah.
tapi, malam tu, JL nak buat birthday prank pulak.
puas diorang panggil kitorang kumpul. semua buat dek. patuh arahan hoi!
habis kena marah2 semua. haha.. lawak je.
esoknya, dalam ikhtiar hidup, kami dihidangakan dgn pelbagai jenis makanan
yang made in hutan.
termasuk kura-kura bakar, katak bakar, tupai bakar, sup tupai.
tapi aku hanya mampu menelan ayam bakar, ikan bakar dalam batang pisang,
nasi masak dalam kelapa n lain-lain yang dijamin halal saje :)

the best words that i can say:
camp PGA memang besttt.
jurulatih n komandon yang tegas+rock! :)
truck polis yang first time aku merasa di PLPGA.
celoreng yang sangat besar dan menyebabkan nama aku jadi JEGAN!
boots yang sangat besar mengalahkan kasut McDonalds.
redah halangan yang sangat mencabar!
larian 2.4km yang berbukit-bukau n rasa nak campak baling boots yang berat! :D
jungle trekking yang awesome - memenatkan dan mempacatkan kaki.
kelas yang best tapi jadi mengantuk sebab sejuukkk. huhu
indoklasi yang memang rasa tengah berperang.
kawad berpengkalan yang sadis :')
after dinner talk yang marvelous dengan chicken chop  + nasi goreng!



sampai sekarang ni kesan gigitan agas ni menggatalkan tangan, kaki n badan aku.
dapat lah jugak merasa for the first time : 3 pacatsss menggigit. haha

.tasbih.

bismillah
hadoi...
buat pe tasbih cantik berkilau-kilau kalau nak buat perhiasan je
- . - ''


reminder untuk diri sendiri actually

.tu lah dia.

tu lah dia. tu lah dia.
semua benda nak didownload.
kan laptop dah slowwww..
argghhhh... (tension dengan diri sendiri )

pffffttttt


Saturday, February 2

.tak kisah.

bismillah
biar dia carpenter asal mampu ingatkan dan imamkan aku solat.


ye ke? insyaAllah

Saturday, January 19

.camping.

bismillah..
i'm going to have a 1 week PGA camping
at ulu kinta, perak.
21-26 Jan 2013

doakan kami baik-baik saja :)


saje menggedik letak gambar ni. walhal takde kaitan. hahaha

ade masalah ? :P

Friday, January 18

. awesome holiday + cool frennzz :)

bismillah..

sebaik saja habis paper 
analytical chemistry yang $#$%*?#
aku n lisa terus menuju ke giant
mencari hadiah utk tuka-tuka hadiah 
kat rumah acap
pening woo..
tak tahu nak beli hadiah ape. 
cause i got a boy's name.
at last dapatla sehelai jersey 
beli kat NB sport shop luar giant je.
sshhh. please don't tell him :P

then, around 6 pm++ ktorang gerak 
ke genting.
alhamdulillah. even though hujan
and dah gelap
n ada yang sampai terlepas exit.
(mana taknya, dari konvoi 4 keta, tinggal 3 bijik.hehew)
at last kami selamat sampai :)

malas nak taip dah. tepek gambau je lah.


first n foremost. BBQ yang amaattt best!!


 ouh. tu diaa.. orang kuat. hikhik


berbangga dengan hadiah yang nak ditukar :D


ni lah hasil pertukaran hadiah. haha


as for the boys..
 cepat cari sape dapat hadiah dari aku. heheh


second day:

muka-muka excited nak naik cabel car :)


kawan-kawan cun dlm cable car :)


manusia ni sungguh menakutkan aku -.-''


berani sungguh mereka bergambar dgn ini orang.


we r going to ride the 'flying coaster'. the only one game i had :(


woooahh.. cuak kot. but i felt like i'm a superman :)



gambar sebelum naik cabel car untuk turun puncak semula 


dah turun 


cari perbezaan dengan gambar di atas. :) hahaha


we're heading to strawberry farm.

si gemok n si kuruss melawat strawberry farm :D 








LAST BUT NOT LEAST,
we're especially thank to ashraf's family.
a huge thanks. :)
accommodation yang mengalahkan 5 stars hotel,
kan korang?? 


may Allah SWT rewards all your kindness,
makcik, pakcik,acap 
and...
......
.....



 si comel akhtar. rasa macam nak culik bawak balik! :)





.ngarot.

still like to stalk on ur fb
even i know u're not looking
at me anyway :)

muahahaha.. lawak apa ntah! :X

Monday, January 14

.nightmare is over!.

alhamdulillah...


examination is over!
now i can sleep peacefully.
no need to drink cups of Nescafe anymore.
enough of caffeine!

huh. time exam pening kepala sebab tak cukup tido
but now, pening kepala sebab terlebih tido.
acane tu??


# moga-moga examiners menanda kertas jawapan kami dengan hati yang berbunga-bunga.
 biarlah prof2 n doktor2 sekalian bermurah hati markah :)
especially prof musa n dr. salina. oh, dr. aishah sekali. amiiinnn#

Saturday, December 29

.that's why we love best friends more .

bismillah.

'' FRIENDS ask why you are crying,
BEST FRIENDS already have shovel ready to bury the loser that made you cry."





berfikir-fikir bila boleh jumpa si 'dia'. haha.. 
May Allah bless you. yet I don't know who are 'you' :).

.study week.

rasa macam tak sabar nak habis exam
tapi rasa macam tak nak jawab exam.
macam mane tu? heheh..

beginilah perasaan orang yang last minute study.
heheh..


koyok neobun, minyak cap kapak , 
air mineral n halls blueberry candy setia menemani.
wal lah.. konon stress sangat la tu.
takde. lakonan semata-mata.
haha.. biasalah..
kadang-kadang urat kat kepala buat konsert. -.-''
berdenyut-denyut. help me.


ya Allah, kau berkatilah segala usaha kami.
berikanlah yang terbaik setelah kami bertawakal hanya padaMu 
ya Allah. :)

Sunday, December 23

.i.miss.u.

bismillah

ehemm. jangan perasan.
u tu bukan awak yang tengah bace ni.
erkkk.. 
aku tahu kau pun tak terfikir camtu.
hahaha..

hrmm.. saje. bosan2..
tibe-tibe teringat makhluk yang tak bernyawa,
tapi mampu bergerak itu.
dah lama tak jumpa.. :'(
apa khabar agaknya u ye?
sihat tak?

meh, i kenalkan u kat kawan-kawan i.



ha, yang tu lah. makhluk hijau tu.
huhu.. naza ria yang dah pun dijual kpd kawan ayah.
sedih la.
lama dah hidup dengan 'dia'.
since form 1 (2005) sampaila tahun ni(2012)
sangat berjasa.
especially untuk kitorang ulang-alik 
dari selangor-alor setar
sangat best dan selesa!
eh, ade gaye promoter kereta? -.-''
huhu..

takpelah...
yang baru ni pun ok
walaupun tak boleh memuatkan kami 8 orang.
so, kena lah angkut dua kereta kalau nak pegi mana-mana.

but seriously, i miss that naza ria!! :'(




.exam mode.

Bismillah.

sedar tak sedar.
 tiba-tiba dah masuk study week!
tapi. aku kat rumah lagi ni.
tanpa membuka apa-apa jenis buku pun lagi.
oh no!

Allah tidak akan mengubah nasib kaum seseorang, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada di dalam diri mereka.
(Q.S Ar-Ra’d 13 : 11)

wajarkah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya
sedangkan kita tidak pernah berusaha walau sedikitpun??

ok, study sekarang! bye :)
kena balik hostel ASAP
dok kat rumah ape pun tak boleh!
menghadap laptop dan tv je kerjanya.

pinjam gambar kat sini :)

Saturday, December 22

.rezeki dari-Nya.

Alhamdulillah.

untuk dua perkara.

1. test undang2 dah habis! yeay!
2. itu elaun sudah dapat lah. yeay sekali lagi!

ya Allah, tiba-tiba teringat tadi 
merungut sekejap bila
amount yang dapat kurang sikit daripada kawan-kawan lain
Astaghfirullahal'azim..

they deserved it!
not me!
aku yang kadang-kadang ponteng training.
belum kira lagi, time badan je yang pergi,
hati tertinggal dekat bilik.
belum kira time aku tak ikhlas + malas untuk training.
maybe
itulah sebab mereka dapat lebih banyak :)
-ayat nak sedapkan hatiiii- huhu

dapat je elaun, mereka-mereka(abang, mak dan adik)
suruh tukar aku hand phone yang 
paling 'kuno' compared dengan mereka.
huhu.. terfikir-fikir..
ipad or hand phone?
which one is better?
mak kate 'beli keperluan dulu la'
aku rase, dua2 pun bukan keperluan.
hand phone dah ade, ipad...
hrmmm... entahlahh...

hrmm.. bila dah dapat ealaun ni.
biasala member-member mintak belanja.
and sometimes, we said:
"penat-penat kitorang training, korang nak mintak belanja pulak"
takdelah. kami gurau je tu. just kidding.
boleh je nak belanja.
roti canai? abc? no hal lah. hehe. kedekut!
err,, kalau pizza hut ke, secret recipe ke..
tunggu kami tauliah dulu ok? huhu..

.seniors with juniors. beberapa hari sebelum test undang2.




tak rasa pening macam ni kalau ada orang nak sponsor salah satu. anyone?? huhuhu

Friday, December 21

.terkejut.

bismillah.

petang tadi pegi pasar malam cempaka.
makan bakso. not bad. sedap :)
then, ternampak orang jual teddy bear yang banyak2.
teringin sangat nak beli. tapi pandang yang RM13 je la.
yang besar tu. errr.. tak patut rasenye beli time2 takde duit ni.
tapi... yang RM13 tu cik akhlisah bermati-matian tak bagi aku beli.
tak comel dia kate.
padahal comel kot!
hrmm. tapi aku beli jugak
3 ekor yang kecik
 RM5. untuk si adik-adik kat rumah :)

lepas balik acacia. dah siap-siap mandi,
carik-carik handphone tak jumpa.
turun bawah pegi bilik cik akhlisah. 
tapi dia takde. zaf kata pegi makan.
handphone aku pon takde.

tak lama lepas tu cik akhlisah balik
 n datang bilik bagi phone.
dah salam-salam konon-konon esok nak balik ganu dah.
beberapa minit lepas tu
ada orang datang lagi
 zirah datang bawak ayam uncle bob.
lepas tu cik akhlisah masuk pulak bawak benda bulu besar!


oh man!!!
she bought me this giant teddy bear!
aku yang tak tau nak tunjuk perasaan terharu tu macam mane
maka aku cekik2 la cik akhlisah sampai tesedak dibuatnya
tersedak sikit je.

cik lidi name diberi :)
punya la gemuk.
lidi jugak nama dia
hasil kreativiti lisa, zira dan dila.

hilang kempunan nak teddy bear besar.
tapi, dia dah ambik separuh space atas katil ni.
cane nak tido ni. haahaa
thank u so much cik akhlisah!! :)

.united?.

Bismillah

yes. united itu memang penting.
tapi, walau macam mane pun kita united,
 kalau dalam hati tu ada rasa dengki
pada kawan yang lain,
macam mana tu?

salah ke kawan kita tu 'genius'?
salah ke kawan kita tu 'pandai'?
salah ke kawan  kita tu 'rajin'?
salah ke kawan kita tu 'berharta'?
salah ke kawan kita buat baik pada kita??

awak... kesian lah kat kawan kita
kalau dia sentiasa nak buat yang terbaik untuk kita
sentiasa try untuk bantu kita
dalam apa jua keadaan
sentiasa sokong kita dalam perkara yang betul
sentiasa support kita untuk buat benda yang baik
BUT END UP kita still boleh salahkan dia
atas sebab perkara yang sangatlah kecil
kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan dia selama ni.



binalah ukhwah itu dengan KEIKHLASAN dan KERELAAN, BUKAN kerana KETERPAKSAAN DAN KEPURA-PURAAN :)

.ugh please.

salam kepada yg berkenaan.

tolongla jangan desak saya lagi
i'm not a child.
aku boleh decide sendiri, am i?
kenapa nak paksa-paksa.
please,
just let me decide.
saya nak atau taknak
saya suka atau tidak

jangan sampai aku dah tak sanggup nak angkat call kau lagi, ok?
peaceee  :)